Suami dipenjara dan semua zuriat yang dilahirkan adalah orang kurang upaya (OKU).
Ia dugaan berat yang terpaksa ditanggung Ummu Muhammad.
Demi amanah yang dipertanggungjawab, anggota Misi Kemanusiaan Syria Care 10.0, Razali Awang meredah perjalanan dari Atma ke Rif Muhadisin di pinggir Idlib untuk menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia kepada ibu tunggal ini.
Anak-anaknya: Fatimah, 11, Rahah, 9, Azizah 8 dan Huda, 7 tahun, cacat sejak dilahirkan.
Alhamdulillah.. Tabung bantuan kebajikan yang dilancarkan baru-baru ini dapat membantu Ummu Muhammad untuk teruskan kehidupan mereka sekeluarga selama setahun akan datang bermula Ogos 2019.
#syriacaremedia #syriacareforhumanity #syria #syriacaremalaysia #letsbepartofarealsolution #letstopupourbankakhirat