Misi 12.0 | Ziarah rumah mangsa konflik Syria di Al Bab, Syria(2)

Dsc02370

Nasib tidak menyebelahi bapa kepada 6 cahaya mata ini.

Kisah duka beliau menjaga 3 orang daripada anaknya yang kelainan upaya (OKU) diceritakan kepada para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 ketika lawatan ke rumahnya.

Anak ketiganya, berumur 10 tahun mempunyai penyakit autism dan kecacatan otak. Anak kecil ini terpaksa diikat kerana khuatir bertindak agresif secara tiba-tiba. Dia tidak boleh bercakap mahupun berjalan. Malah, tidak mengenali ibu bapanya sendiri.

Masalah kecacatan otak turut dialami oleh 2 orang lagi anaknya dan ketiga-tiga mereka bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang masa untuk meneruskan hidup.

Sumbangan kewangan disampaikan kepada keluarga ini oleh para petugas misi bagi meringankan beban yang ditanggung.

Semoga mereka tetap tabah melalui ujian yang diberikan.

#misikemanusiaansyriacare#misi12#inibukankerjamainmain#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini