Misi 12.0 | Ziarah keluarga pelarian dan anak OKU

Dsc00930

Para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 meneruskan perjalanan di Gazientep, Turki dengan menziarahi keluarga pelarian Syria yang tinggal di sana.

Khalid dan keluarga adalah antara jutaan pelarian yang mengalami kesan dan tekanan teruk akibat peperangan yang berlaku.

Sewaktu lawatan, rumah keluarga kecil yang terdiri daripada ibu bapa dan lima orang anak ini dalam keadaan gelap gelita kerana ketiadaan elektrik.

Tim misi difahamkan seramai 50 orang ahli keluarga mereka telah syahid disebabkan perang yang berlaku di Halab.

Tiga orang daripada anak mereka juga lahir sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) disebabkan tekanan yang dialami oleh ibu mereka ketika mengandung.

Anak ketiga dan keempat Khalid, Sabiha dan Basyir masing-masing berumur 20 dan 19 tahun menghidapi masalah tumbesaran terbantut dan penyakit kulit.

Manakala anak bongsunya, Hala mempunyai masalah rabun dekat seawal usia tujuh tahun.

Kisah Khalid hanyalah satu daripada jutaan kisah kesan perang terhadap rakyat Syria.

Masih ramai yang senasib dengan mereka.

Sumbangan kita mungkin tidak dapat menyembuhkan penyakit atau menghilangkan trauma yang mereka alami, tetapi beban yang mereka tanggung dapat kita ringankan.

Bersama Syria Care, kita bantu.

Sadaqah

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini