Misi 12.0 | Ziarah Aminah, pelarian Syria di Gazientap

Img 8574

Kediaman seorang lagi pelarian Syria yang menetap di Gazientap, Aminah Al Hussin, menjadi destinasi terakhir lawatan para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care pada 3 Mac 2021.

Beliau ialah seorang balu yang mempunyai empat orang anak. Ketika berkunjung ke rumahnya, dua orang anaknya sedang bersekolah, manakala dua orang anak kecil menemani ibunya. Masing-masing bernama Fatimah Az Zahra, enam tahun dan Kauthar, empat tahun.

Suaminya, Abdul Hamid Muhammad meninggal dunia empat tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

Tragedi tersebut berlaku ketika anak bongsunya masih dalam kandungan yang baru berusia dua bulan.

Ibu tunggal berumur 31 tahun ini melarikan diri dari rumahnya yang dibom di Deir Az Zour.

Pelarian seperti Aminah terpaksa melalui kesusahan berpindah randah tanpa mengetahui nasib akan datang.

Beliau juga pernah tinggal di Kem Yarmouk, sebelum kem itu turut diserang.

Ketika ini, beliau mengajar Al Quran di rumah secara percuma kepada anak-anak pelarian di sini.

Setiap pelarian mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Yang pasti, semua pengalaman pahit yang dilalui akan tersimpan sampai bila-bila.

Bersama Syria Care, kita bantu berikan harapan untuk mereka meneruskan kehidupan yang lebih baik.

Sadaqah

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini