Misi 12.0 | Agihan makanan di Kem Duyuf Asy Syarqiah

Dsc02226

150 set makanan diagihkan oleh para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 kepada pelarian di Kem Duyuf Asy Syarqiah, Al Bab, Syria.

Ia adalah sebahagian daripada makanan yang telah dimasak bersama oleh tim misi dan petugas Ulfah Humanitarian Relief di dapur Ramadan Al Bab, Syria.

Ketika sampai di kem tersebut, perasaan menjadi sebak apabila melihat keadaan tempat tinggal mereka yang begitu daif dan serba kekurangan.

Syria Care berharap dengan bantuan makanan yang diberikan dapat menceriakan pelarian di sana.

http://oderfood.my/

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini