Rabu, 22 Januari 2020
Telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Syria Care 2020 yang pertama buat tahun ini.
Mesyuarat yang berlangsung di pejabat Syria Care dihadiri oleh 12 ahli jawatankuasa Syria Care yang sentiasa komited dalam membantu merealisasikan kerja-kerja kemanusiaan ini.
Antara agenda mesyuarat kali ini adalah pembentangan laporan kewangan serta projek dan aktiviti sepanjang 2019. Turut dibincangkan adalah perancangan projek-projek yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2020.
Memetik kata-kata Puan Pengerusi Siti Sakinah binti Meor Omar Baki dalam ucapan aluannya “Keadaan semakin buruk di utara Syria. Dari pengalaman misi yang lepas masih terlalu banyak yang perlu kita lakukan. Dengan bantuan dan sokongan semua pihak kita akan teruskan kerja-kerja kemanusiaan ini”.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang telah menghadirkan diri ke mesyuarat kali ini. Semoga gabungan idea dari AJK yang terdiri dari berbagai latar belakang ini menjadi pemangkin tugas-tugas yang bakal dilaksanakan.