Mesir kenakan cukai kepada pelarian Syria

Untitled
Mesir melaksanakan peraturan kepada pelarian Syria di mana mereka dikenakan cukai bulanan berkuatkuasa Julai ini.
Di bawah penguatkuasaan baru itu, mereka dikehendaki membayar AS11 atau RM41 sebulan dan ia akan dinaikkan dari masa ke masa sehingga 2021.
Cadangan cukai itu sebelum ini dicadangkan Ahli Parlimen, Kamal Amer yang juga Ahli Jawatankuasa Mengenai Pertahanan dan Keselamatan Kebangsaan Mesir.
Ia dibuat atas alasan menampung peningkatan bebanan kewangan di mana Kaherah mendakwa ia terpaksa menyediakan perkhidmatan awam seperti kesihatan, bekalan air, perkumbahan dan infrastruktur.
Dalam hujahnya seperti mana yang disiarkan portal middleastmonitor.com , Amer menenegaskan peningkatan warga asing di Mesir telah memberi kesan kepada negara itu dan berpandangan kutipan cukai akan dapat menampung bebanan defisit bajet yang ditanggung.
Dalam artikel yang disiarkan, ia mempertikai kenyataan ahli parlimen berkenaan kerana sejak krisis bermula pada 2011, pelarian Syria telah melabur lebih AS800 juta di negara itu.
Tindakan itu dilihat langkah terdesak pentadbiran Presiden Abdel Fattah al Sissi yang berdepan dengan kemelut dan pelbagai masalah ekonomi.
Ogos tahun lalu, Mesir mencatat kadar inflasi tertinggi sejak 1986, di mana ia mencecah 33 peratus, sehingga memaksanya memotong subsidi elektrik dan air.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini