Meraikan anak-anak Sekolah Madrasah Al Hadarah di Turkey. Madrasah Al Hadarah adalah sebuah sekolah bagi kanak-kanak yang menjadi pelarian di Turkey, sekolah ini beroperasi dengan sumbangan rakyat Malaysia yang budiman. Kebanyakan kanak-kanak yang bersekolah di Madrasah Al Hadarah ini adalah anak yatim dan boleh dikatakan disini kalian para penderma yang budiman sedang menyantuni dan menyekolahkan anak-anak yatim Syria bertepatan dengan Hadis Rasulullah s.a.w.
Sekali lagi kami Syria Care ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang anda berikan. Lihatlah kecerian yang anda berikan kepada mereka dan memberi memori baru untuk menggantikan pengalaman ngeri di Syria. Tahniah kami ucapkan! Teruskan menyumbang!