Mangsa perang bercita-cita menjadi doktor

162914616 1419081671764081 5378674751438331921 N

Mangsa perang bercita-cita menjadi doktor.

Sewaktu di Kampung Malaysia baru-baru ini Omma bertemu seorang gadis yang begitu menarik perhatian Omma. Dia yang bernama Sobah Al Yasin, mengingatkan Omma kepada anak saudara Omma sendiri. Orangnya kelihatan bijak dan cergas. Dan senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Sewaktu majlis perasmian, Sobah tampil berkongsi dengan kami kisah hidupnya.

Dia dan keluarganya berasal dari dari Kampung Babila, Maarat Nouman. Sejak dua tahun lalu, Sobah dan keluarganya menjadi pelarian di negara sendiri.

Sobah menceritakan, sewaktu kejadian dia berada di rumah dan terdengar bunyi kapalterbang yang cukup mengerikan. Tidak lama selepas itu kapalterbang tentera mula menghujankan bom tidak jauh dari rumahnya. Dia ketakutan.

Ayahnya yang berada di tempat kerja terus pulang dan menyuruh mereka mengambil apa yang perlu tetapi dia menceritakan tiada apa yang sempat diambil sebagai kenangan.

Ayahnya cuba membawa mereka keluar sejauh yang mungkin untuk menyelamatkan diri, sehinggalah kami tiba dan berhenti mengambil perlindungan di celah pokok zaitun.

Sobah dan keluarganya berada di situ beberapa hari sehinggalah ada pihak yang memberi mereka khemah.

Tinggal di dalam khemah menurut Sobah, sungguh tidak selesa dan menakutkan.
“Pada musim panas cuaca membahang dan kami juga terpaksa berhadapan dengan serangga merbahaya dan ular. Pada musim sejuk pula, hujan menyebabkan tanah becak dan banjir memasuki khemah kami.”

“Kami mendapat berita tentang pembinaan Kampung Malaysia dan terus membuat permohonan. Alhamdulillah kami diterima tinggal di sini.”

“Sewaktu tiba di sini, saya melihat bangunan yang sedang dibina dan saya dimaklumkan pekerja di situ tentang pembinaan sekolah. Saya rasa sungguh teruja kerana sudah dua tahun tidak mendapat pendidikan dan tak sabar rasanya untuk sambung belajar semula. Saya hendak menjadi doktor!”

Sobah mengakhiri perkingsiannya dengan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang malah kerajaan Malaysia juga kerana telah memungkinkan baginya untuk pindah dari khemah ke rumah.

Sebaik habis ucapannya dia terus meluru ke arah Omma. Kami berpelukan lama dalam deraian airmata dan perasaan yang sukar diungkapkan.

Walaupun telah tercicir pelajaran selama dua tahun, semangat dan kesungguhan Sobah untuk mengejar cita-citanya patut disokong. Sobah berharap sangat sekolah di Kampung Malaysia akan siap dan beroperasi dalam masa terdekat.

Kisah Sobah hanya satu dari ribuan kisah para pelarian di utara Syria. Bantuan serta perhatian dari kita bukan sekadar memberi sebab untuk mereka tersenyum, malah ia ibarat penyambung nyawa.

Peluang berwakaf masih dibuka.
https://syriacare.org.my/wakafperumahanpelariansyria/

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki a.k.a Omma Sakinah
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0
Al Bardaqli, Syria
Mac 2021

#iamahumanitarianworker#darikhemahkerumah#kampungmalaysiasyriacare

Kongsi Artikel Ini