Alhamdulillah, 12 unit rumah yang dibina melalui Projek Mawaddah Wa Rahmah Fasa 3 di Al Bab, Syria telah diserah kepada mereka yang layak.
Majlisnya dibuat minggu lalu.
Projek pembinaannya adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Syria Care yang bekerjasama dengan NGO tempatan, Ulfah Human Relief.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah menyumbang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik anda semua.
Usaha kami membantu pelarian Syria masih lagi jauh.
Ketika ini Syria Care sedang membangunkan fasa pertama pembinaan 50 unit rumah bagi Projek Kampung Malaysia.
Projek penempatan tersusun di Al Bardaqli, Idlib, akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti masjid, sekolah, klinik dan lain-lain.
Kepada anda semua, bersama kita rebut peluang untuk melabur saham akhirat dengan membeli lot wakaf Kampung Malaysia 👇🏻
[https://syriacare.org.my/wakafperumahanpelariansyria/]