Madrasah Hadharah sudah tidak asing lagi bagi followers Syria Care Malaysia. Ianya terletak di Zaytun Burno, Istanbul Turki dan bertujuan untuk memberikan peluang kepada anak-anak pelarian Syria di Istanbul untuk menimba ilmu yang begitu penting buat mereka.
Sebelum ini, Syria Care mencari penaja bagi menaja pelajar-pelajar Madrasah Hadrah, tetapi bermula Jun 2016, Syria Care membiayai kos sewa bangunan sekolah dan ianya ternyata memberikan manfaat kepada lebih 500 orang pelajar di sana. Lebih ramai anak-anak pelarian Syria dapat meneruskan pembelajaran hasil alternatif terbaru ini.
Semoga idea yang dikirimkan oleh Allah S.W.T kepada insan kerdil ini dapat memberikan manfaat kepada lebih ramai insan yang teraniaya.