Januari 2018 Alhamdulillah, para pelajar Maahad Al-Fateh (Al-Fateh Institute for Sharia and Arabic Sciences) di Esenyurt, Istanbul sedang menduduki peperiksaan akhir bagi semester pertama bagi sesi 2017/2018.
Doakan kecemerlangan anak-anak ini!
Untuk makluman semua, maahad ini beroperasi atas tajaan penuh rakyat Malaysia melalui Syria Care.
Teruskan memberi sokongan kepada pendidikan anak-anak Syria agar mereka tidak ketinggalan dalam membina semula tamadun negara mereka yang tercinta.
#SCNews