KUNJUNGAN HORMAT KEPADA DUTA TURKI DI MALAYSIA

0005

Pengurusan Syria Care bersama MyCare telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Turki ke Malaysia Puan Yang Terutama Dr. Merve Kavakci.

Pada pertemuan yang berlangsung lebih 45 minit itu, pelbagai perkara telah dibincangkan ketiga-tiga pihak. Di akhir perbincangan, Memorandum Bantahan Mengenai Keganasan di Timur Ghoutah telah diserahkan.

Terdahulu dalam mukadimah pertemuan, Syria Care dan My Care merakamkan ucapan tahniah kepada beliau di atas pelantikan sebagai Duta Besar ke Malaysia.

Semoga kerjasama yang telah terjalin di antara kedua-dua negara dapat ditingkatkan demi maslahat kemanusiaan sejagat.

[huge_it_slider id=”153″]

 

 

 

Kongsi Artikel Ini