Kunjungan Hormat ke Pejabat Rektor UIAM

Img 20200107 112710

Pembuka tirai bagi tahun 2020 ini, pihak Syria Care yang diwakili oleh Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki, Pengerusi dan Pn Nurdieana Mohd Mardzi, Pengurus Besar bersama eksekutif, Cik Zana dan Cik Solehah telah berkunjung ke pejabat rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bertemu dengan rektor; YBhg Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak.

Pertemuan ini memberi peluang dan ruang kepada kerjasama yang lebih luas terutamanya untuk pendidikan anak-anak Syria serta pendedahan kepada kerja-kerja kesukarelawanan terhadap pelajar-pelajar UIAM.

Juga bersama dalam pertemuan ini, Prof Madya Dr Zainal Abidin Sanusi, Pengarah Sejahtera Centre for Sustainability & Humanity UIAM dan Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid, Dekan UIAM Pagoh yang turut telah mengatur kunjungan kami ini.

Semoga dari perbincangan ini, akan menghasil yang mantap dan bermanfaat buat semua terutamanya untuk masa depan yang lebih baik bagi anak-anak Syria.

#inibukankerjamainmain #upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini