Pada Khamis lepas (9/8/2018), pihak Syria Care telah ke Tadika Iman Mutiara, Tanjong Kling, Melaka untuk mengadakan program Kempen Satu Ringgit #RM1SayaUntukAwak.
Seramai lebih kurang 80 orang anak-anak dari tadika tersebut telah mendengar tentang perkongsian mengenai saudara kita Syria. Di antara penekanan yang diberikan adalah agar kita semua sentiasa bersyukur dan ingat mengenai kesusahan orang lain.
Selain dari itu, pihak tadika telah mengambil kesempatan untuk menyerahkan kutipan sumbangan sepanjang Ramadan yang lepas sebanyak RM 1,000.00. Ia adalah hasil inisiatif gabungan dari 2 cawangan Tadika Iman Mutiara.
Semoga anak-anak ini akan terus cakna dan prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan yang berlaku di luar sana.
#KempenSatuRinggit #Tadika #SekolahRendah #SekolahMenengah#SyriaCareSharing #SCEvent
#IniBukanKerjaMainMain
[huge_it_slider id=”325″]