BUAT SEKETIKA MEREKA MERASA BERHARI RAYA SAMA SEPERTI KANAK_KANAK LAIN DI DUNIA!
Sayu dan gembira pada masa yang sama ketika Admin melihat gambar-gambar ini. Ketika mana dunia menutup mata terhadap penderitaan mereka,kita masih mampu berperanan memberikan sebab untuk anak-anak ini bergembira.
Alat permainan di sediakan dan mereka dibawa ke Taman Haiwan untuk bermesra dengan ciptaan Allah yang dipelihara.Berbagai aktiviti lain juga dijalankan untuk menghibur anak-anak ini yang rata-rata trauma akibat peperangan yang berlaku.
Nabi sallahu álaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa di antara kamu yang mampu memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia bersegera memberikan manfaat kepadanya,” (Diriwayatkan Muslim dari Jabir ra.)
Salah satunya cara agar kita bermanfaat bagi orang lain adalah dengan membahagiakan orang lain. Karena dengan membahagiakan orang lain, tidak usah khuatir, maka Tuhan akan membahagiakan kita . Sikap memuliakan kanak-kanak adalah di antara sifat yang diamalkan oleh RasuluLLah saw.Dan begitulah yang cuba dipraktikkan oleh pihak Syria Care bersama rakan kerjasama kami di Timur Ghoutah iaitu NGO Eemarushaam.
Justeru satu majlis ‘Sambutan Hari Raya’ telah diadakan untuk memberi peluang anak-anak yang tinggal di dalam keadaan terkepung ini merasakan sedikit kegembiraan sepertimana kita dan anak-anak kita di Malaysia.Gambar adalah dari sambutan hari ketiga.
Terimakasih kepada rakyat Malaysia yang telah memungkinkan perkara ini buat mereka.
Sesungguhnya apa yang anda lakukan buat mereka sangat-sangat mereka dihargai. https://syriacare.org.my/
[huge_it_slider id=”7″]