KRAK 6: MAJLIS BERBUKA PUASA DI KILIS, TURKI

0001

Pihak Syria Care telah menaja majlis berbuka puasa untuk masyarakat setempat di Kilis Turki yang terdiri daripada rakyat tempatan dan juga rakyat Syria yang telah berhijrah di sini.

Seramai lebih kurang 1,000 orang telah mendapat manfaat dari majlis berbuka puasa ini.

Sebaik sahaja team Syria Care tiba di majlis tersebut mereka terus membantu proses agihan yang sedang berlangsung walaupun kepenatan setelah seharian mengadakan program di dalam Syria dan baru keluar dari sana.

Kelihatan bersama dalam majlis berbuka ini adalah Mufti Kilis sendiri iaitu Mahmut KRATTAPPE dan pegawainya dan juga Sheikh Abdullah Rahhal Presiden Muassasah Al-Ahbab NGO rakan kerjasama Syria Care di Idlib.

Pasukan misi kini sedang menjejaki dapur-dapur rakyat di dalam Syria untuk menghantar dana tajaan iftar sekaligus menyantuni mereka.

Syria Care mewakili rakyat Syria mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang!

Teruskan menyokong kerja-kerja kemanusiaan Syria Care sepanjang Ramadan ini agar lebih ramai rakyat Syria dapat menikmati juadah berbuka dari kita.

#KempenRamadanAlKhair6 #RamadanSyriaCare #SyriaCareforhumanity

[huge_it_slider id=”191″]

Kongsi Artikel Ini