Kempen Ramadan Al Khair 6.0
Projek : Agihan Set Iftar & Sahur
Menu Iftar : Nasi kabsah ayam & yogurt dan timun
Kawasan agihan : Maarat al-Nu’man, Talmenes di Timur Idlib
Pelaksana : NGO Khair Gota
Jumlah hidangan : 460 pek
Jumlah penerima manfaat : 920 orang
Pembelian bahan mentah menggunakan sumbangan rakyat melalui Tajaan Iftar & Sahur RM15 Allahu Akbar.
Dana tajaan set iftar dan sahur yang anda berikan telah mula diagih pada 1 Ramadan 1439H seperti yang dijanjikan.
Penerima bantuan ini terdiri daripada keluarga susah, balu dan kanak-kanak yang mana kebanyakan mereka adalah pelarian dari Timur Ghoutah yang dihalau keluar dari kampung halaman mereka.
Rasullulah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut….”
Terima kasih penyumbang!
Teruskan menyokong kerja-kerja kemanusiaan Syria Care sepanjang Ramadan ini.
#KempenRamadanAlKhair6 #RamadanSyriaCare #SyriaCareforhumanity
[huge_it_slider id=”196″]