Kemudahan kad debit sehingga 2020

Untitled
Hampir 1.5 juta pelarian Syria di Turki akan mendapat manfaat daripada kad debit yang dikeluarkan Bulan Sabit Merah Turki (TRC) sehingga penghujung 2020.
 
Pengumuman itu dibuat Presiden TRC, Kerem Kinik, selepas Suruhanjaya Eropah (EC) mengumumkan geran baru di mana ia akan menyediakan pindahan bayaran secara bulanan kepada pemegang kad berkenaan.
 
Kad Kizilay adalah sebahagian daripada Program Rangkaian Keselamatan Kecemasan Sosial (ESSN) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama dengan TRC.
 
Melalui kad berkenaan, setiap keluarga akan menerima bantuan bulanan sebanyak TL120 sebulan dan ia hanya boleh dikeluarkan di Halkbank, yang dimiliki kerajaan.
Ia adalah sebahagian program bantuan kemanusiaan yang diberikan kepada pelarian yang berdaftar dengan pihak berkuasa Turki.
 
“Kami membuka pintu sempadan kepada lebih 3.5 juta pelarian Syria. Kami cuba menyelamatkan nyawa mereka. Tetapi perang telah berlanjutan lebih tujuh tahun setengah telah memberi beban tanggungjawab kepada negara ini,” kata Kinik.
 
Tambahnya lagi lebih separuh daripada jumlah pelarian yang ada di Turki terdiri daripada kanak-kanak dan 365,000 daripada mereka diberikan sokongan pendidikan sebagai Syarat Pindahan Wang Tunai Untuk Pendidikan (CCTE) yang dilaksanakan di bawah Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).
 
Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini