Kempen Satu Ringgit Syria Care dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Institut Profesional Baitulmal Putrajaya telah diadakan pada 23 November 2016 bertempat di ruang legar institut.
Perkongsian maklumat tentang Syria serta peranan Syria Care telah disampaikan oleh Jurucakap SC Saudara Azhar Hilmi.
Pelancaran Kempen Satu Ringgit telah disempurnakan oleh pengurus projek SC Puan Noorliza bersama Encik Hanafi Ketua Hal Ehwal Pelajar.
Alhamdulillah program ini dianggarkan disertai oleh 500 pelajar IBP.
Rabu 23 November 2016