Kempen Satu Ringgit di Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin

Dsc03072

9 Nov 2018 – Seramai lebih kurang 50 orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin, Kajang telah mendengar tentang perkongsian mengenai isu yang berlaku di Syria. Penekanan yang diberikan agar sentiasa peka dan cakna dengan isu-isu yang berlaku di dunia luar terutamanya mengenai isu umat Islam.

Beberapa pelajar juga turut meluahkan rasa hati setelah mendengar dan melihat video keadaan yang berlaku di Syria. Diantaranya adalah sentiasa menghargai keamanan, bersyukur serta beringat mengenai kesusahan orang lain.

Kempen Satu Ringgit #RM1SayaUntukAwak adalah merupakan program kesedaran yang dianjurkan oleh Syria Care di peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kepada mana-mana pihak sekolah yang berminat untuk menjemput untuk mengadakan kempen ini, sila hubungi Cik Zana di talian 011-1136 2567.

#scevents #syriacaredisekolah #syriacareforhumanity #kempensaturinggit #ksr #anakanaksekolah #caknasyria #inibukankerjamainmain #upliftingsoulandhumanity

[huge_it_slider id=”482″]

Kongsi Artikel Ini