Usaha menyebarluaskan kerja-kerja kemanusiaan yang dilaksanakan oleh Syria Care bagi membela nasib pelarian Syria diteruskan bersama pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 dari sekolah Kafa Al-Azra, Seksyen 13, Shah Alam.
Semoga perkongsian yang dijalankan dapat menanam sifat prihatin dan peduli akan nasib orang lain. Menerusi kempen ini juga, amalan nilai-nilai murni juga dapat diterapkan di kalangan anak bangsa.