Keadaan semasa di Syria

Img 20200404 Wa0008

Wabak Covid-19

Kemaskini sehingga 4 April 2020
Relief Web

Lebih 2.8 juta pelarian dalam negara kini berada di barat laut Syria termasuk 960,000 orang yang baru datang sejak Disember lepas akibat serangan di kawasan bebas senjata.

Mereka berselerakan di kawasan berhampiran sempadan Syria-Turki khususnya di Dana, Maaret Tamsrin dan Armanaz di Idlib serta Azaz dan Afrin di Aleppo.

Dianggarkan 81 peratus daripada pelarian terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dan kebanyakan mereka memerlukan keperluan asas.

Bekalan khemah begitu terhad. Lebih 100 tempat yang dulunya menampung pelarian ketika ini terlalu teruk kerana di sesetengah kawasan jumlah mereka tiga kali ganda daripada penduduk sedia ada.

Bahkan pekerja kemanusiaan terut menerima kesan dengan perpindahan ini, payah mendapatkan khemah untuk diri dan keluarga mereka. Begitu juga untuk mendapat izin untuk menambah dan mewujudkan kem baru, salah satu cabaran yang dihadapi petugas kemanusiaan dalam situasi sekarang.

Penularan wabak Covid-19 menjadi satu lagi cabaran dan berisiko kepada lebih 4 juta penduduk di bahagian barat Syria.

Keadaan khemah yang sesak dan padat meningkatkan risiko jangkitan Covid-19.

The Organisation of World Peace
Kemaskini 4 April 2020

Jumlah sebenar mereka yang dijangkiti virus Covid-19 di Syria dipercayai lebih tinggi daripada kenyataan rasmi yang dikeluarkan regim Bashar Al Assad yang mendakwa hanya 10 kes dengan dua kes kematian.

Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan terhadap impak wabak corona yang berlaku di Syria.

Ketua Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Marc Lowcock dipetik sebagai berkata, menjangkakan Syria menerima kesan teruk akibat Covid-19 dengan jumlah kecil yang dilaporkan sebenarnya adalah gambaran kecil terhadap masalah yang besar –tip of the iceberg.

Beliau memaklumkan kepada Majlis Keselamatan PBB bahawa segala usaha untuk mencegah, mengesan dan bertindak balas dengan Covid-19 sedang disembunyikan Syria yang mempunyai sistem kesihatan yang rapuh.

Berikutan itu, PBB telah meminta semua pihak melakukan gencatan senjata dengan segera.

Bencana Alam

On The Ground News
Kemaskini 3 April 2020

Hujan lebat akibat peralihan musim turut mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di Afrin dan Azaz.

Ia turut mengakibatkan kem yang berada di kawasan laluan air dan lembah seperti di Sajo ditenggelami banjir kilat.

Kongsi Artikel Ini