KANAK-KANAK DI TIMUR GHOUTAH DI AMBANG MAUT

24232005_1513368735416626_6856283280873403701_n
Tahap kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak di Timur Ghoutah, Syria, berada pada kedudukan tertinggi selepas enam tahun perang bermula di negara itu.
 
Menurut kaji selidik yang dibuat Yayasan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), 11.9 peratus kanak-kanak yang di bawah usia lima tahun mengalami kekurangan zat makanan akut.
 
Berdasarkan maklumat yang dikumpul pada awal November, lebih satu pertiga kanak-kanak di kawasan berkenaan berdepan dengan risiko terbantut pembesaran, diserang penyakit dan kematian.
 
“Kekurangan kritikal zat makanan adalah amat tinggi di kalangan kanak-kanak awal usia”, petik laporan itu.
 
Menurut UNICEF lagi, keadaan itu bertambah kritikal kerana ibu yang menyusu bayi tidak lagi berbuat demikian kerana turut mengalami kekurangan zat.
 
Kepungan yang dibuat tentera regim Bashar al Assad sejak lebih empat tahun ke atas kawasan berkenaan, menyebabkan lebih 400,000 penduduk di Timur Ghoutah terkepung.
 
Separuh daripada mereka terdiri daripada kanak-kanak.
Jangan biarkan mereka mati kebuluran.
 
Sumbangan pembaca amat diperlukan dan ia boleh dibuat melalui Syria Care melalui akaun:
-Maybank: 562106653575 -CIMB Islamic: 8601894560 -RHB Bank: 26225000021775 -Affin Islamic Bank: 105990040004

Kongsi Artikel Ini