Isu Syria: Paksa pindah kubur sebab pelarian

WhatsApp Image 2019-09-24 at 10.17.50 AM

Kubur seorang kanak-kanak pelarian Syria terpaksa digali semula dan diserahkan kepada warisnya kerana dikebumikan di kawasan untuk orang Lubnan.

Kejadian itu berlaku selepas seorang penduduk tempatan membantah keras pengkebumian di tanah perkuburan berhampiran beberapa jam selepas ditanam.

Insiden laporkan berlaku di bandar Asun, utara Lubnan pada 20 September lalu dan kemudian menjadi tular di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Mengulas kejadian berkenaan, Ketua Bahagian Penguatkuasa Wakaf di Tripoli, Firas Ballout kesal dengan kejadian yang berlaku dan menegaskan ia bercanggah dengan Islam.

Susulan apa yang berlaku, seorang penduduk tempatan di kawasan berhampiran bertindak mewakafkan sebahagian tanahnya untuk dijadikan tapak perkuburan bagi pelarian Syria di situ.

Sementara itu sumber yang lain berkata, arahan kubur kanak-kanak berusia empat tahun itu digali semula kerana ia dikebumi tanpa izin.

Artikel diterjemah dan diolah dari arabicpost.com.

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini