Sekurang-kurangnya 26 askar Syria dan sembilan rakyat Rusia terbunuh selepas diserang tentera IS sepanjang minggu lalu di Deir Ezzor.
Menurut Syrian Obervatory for Human Rights (SOHR), dalam insiden pada Rabu lalu, kumpulan itu menjadikan pasukan yang berada berhampiran bandar Mayadeen sebagai sasaran.
“Terdapat 35 tentera pro kerajaan telah terbunuh termasuk sembilan rakyat Rusia. Sebahagian daripada mereka terdiri daripada askar, tetapi bukan semua.
Baki 26 yang lain tentera Syria,” Kata Jurucakap SOHR, Rami Abdel Rahman kepada agensi berita AFP.
Dalam kenyataannya pada Ahad, Kementerian Pertahanan Russia mengesahkan kejadian yang berlaku.
Bagaimanapun ia tidak memberi butiran terperinci mengena lokasi kejadian.
“Beberapa kumpulan pengganas telah menyerang pasukan artileri tentera kerajaan Syria pada waktu malam di wilayah Deir Ezzor. Dua penasihat Rusia yang menggarahkan serangan kepada pasukan artileri Syria telah mati di tempat kejadian,” petik laman berita Rusia, Sputnik.
Lapornya lagi, 43 penyerang telah dibunuh dan enam kenderaan juga berjaya dimusnahkan.
Razali Awang
Media Syria Care