Idlib: Amnesty rayu henti serangan

Untitled
Idlib, terletak di barat laut Syria bersempadan dengan Turki, adalah wilayah terakhir yang masih dikuasai kumpulan penentang anti kerajaan.
 
Pada Mac 2017, Iran, Turki dan Rusia, pada mesyuarat di Astana, telah meletakkan Idlib sebagai kawasan bebas perang serta menubuhkan pos pemerhati tentera bagi memastikan kerajaan Syria dan kumpulan penentang bersenjata mematuhi gencatan.
 
Bagaimanapun sejak Januari 2018, tentera Syria telah mencabulinya dengan melakukan serangan udara dan darat termasuk serangan senjata kimia ke atas bandar Saraqeb pada 5 Februari 2018, yang membunuh sekurang-kurangnya enam nyawa manakala 11 lagi diberikan rawatan kecemasan.
 
Selain itu beratus orang awam telah terbunuh dalam siri serangan bom kereta dan pertempuran antara kumpulan bertelagah.
 
Sejak 2011, 700,000 orang telah berlindung di Idlib selepas melarikan diri dari keganasan di bahagian lain di Syria, dalam kebanyakan kes mereka dipindahkan secara paksaan sebagai sebahagian rundingan pemindahan yang dibuat antara kerajaan dan kumpulan penentang dari Homs, Aleppo, Timur Ghoutah dan Daraa.
 
Akibatnya, populasi Idlib telah mencecah 2.5 juta orang di mana kebanyakan pelarian tinggal di dalam kem dan bergantung dengan bantuan dari Turki.
 
Pada Julai 2017, Turki menutup sempadannya dengan Idlib selepas wilayah itu dikuasai Hayat Tahrir al Sham, sebagai tindak balas ia turut menggantung sementara bantuan kemanusiaan.
 
Pada Julai 2018, Iran, Turki dan Rusia bersetuju untuk mengelakkan serangan besar-besaran ke atas Idlib.
 
Bagaimanapun, Syria dan Rusia memberi bayangan tindakan ketenteraan akan dilakukan.
 
Dalam kebanyakan serangan besar-besaran bagi menguasai kawasan yang berada di bawah kumpulan anti kerajaan, berulang kali tentera Syria menggunakan taktik kepungan dan kelaparan.
Kini penduduk berjuta-juta orang awam berada dalam keadaan berisiko.
 
 
Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini