Pelarian Syria berhadapan
gelombang haba terburuk

Suhu di sempadan Syria – Türkiye dijangka mencecah 50 darjah Selsius dalam terdekat dan bakal berlarutan sehingga beberapa hari. Ini sekali gus mencatatkan rekod baharu untuk hari paling panas dalam sejarah kedua buah negara tersebut.

Sumber: Anadolu Agency, 15 Julai 2023.

Suhu purata global sejak awal Julai telah meningkat dalam tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah manusia.

News-collage

Pelarian Syria yang tinggal di dalam khemah terpaksa mengharungi suhu yang teramat panas dan kesukaran hidup yang tidak tertanggung. Mereka kekurangan bekalan makanan, tiada tempat tinggal dan keperluan asas untuk menampung kehidupan.

Peka akan situasi ini, Syria Care melancarkan projek ‘Emergency Heatwave Relief’ untuk menyeru dan membuka peluang untuk orang ramai bersama tampil membantu mereka ketika situasi sukar yang menimpa mereka ini.

Maklumat kutipan

Projek bermula dari 17 Julai – 18 Ogos  2023, dengan sasaran kutipan sebanyak RM150,000.00 bagi membantu para pelarian Syria yang paling memerlukan terutamanya kanak-kanak dan warga emas.

Jenis Bantuan

Pelarian Syria yang tinggal di dalam khemah terpaksa mengharungi suhu yang teramat panas dan kesukaran hidup yang tidak tertanggung. Melalui projek ‘Emergency Heatwave Relief’ anda boleh meringankan beban mereka ketika cuaca panas melampau yang sedang melanda.

Air Bersih
Bekalan Ais
Pek Sayuran