Hari 2 – Zahra Taleb kembali sihat
Masih ingat adik Zahra? Dia yang menghidap penyakit tumor dan kembali sihat selepas menjalani pembedahan.
Kalau sebelum ini saya hanya tengok Zahra melalui gambar dan video saja, Alhamdulillah kali ini saya dan petugas Syria Care dapat menziarahinya.
Saat kami tiba, dia menangis sekuat-kuatnya. Kata bapanya, Zahra menangis kerana dia takut kami akan membawanya ke hospital. Alahai, pasti dia serik dan takut semasa sakit sebelum ini untuk ke hospital. 😢
Selepas pembedahan, Zahra tidak boleh berjalan selama tiga bulan, dia kemudian menghadiri sesi fisioterapi bagi membantu semula pergerakan yang terjejas akibat pembedahan sebelum ini. Matanya juga berair kemerahan, mungkin kesan ubat-ubatan yang diterima.
Kata Muhammad Taleb lagi, sebagai bapa, dia pada mulanya sudah putus harapan kerana tidak mempunyai wang untuk kos pembedahan. Meskipun bekerja tetapi tidak mendapat sebarang gaji, hanya diberi tempat tinggal percuma.
Dia amat bersyukur dengan sumbangan orang ramai Melalui sumbangan yang disalurkan menerusi Syria Care yang telah membolehkan Zahra mendapat rawatan.
Sebelum kami berangkat pulang, tangisan Zahra mulai redha dan kelihatan mula tersenyum.
Terima kasih kepada anda semua kerana telah membantu menyalurkan sumbangan buat Zahra pada Julai lalu. Kini dia beransur sihat dan Insya Allah akan kembali pulih.
Semoga Allah membalas segala sumbangan yang anda berikan.
P/s : Syria Care pernah mengadakan kempen khas bagi membiayai kos pembedahan tumor otak buat Zahra pada Julai lalu. Alhamdulilah kami mencapai jumlah sasaran sebanyak RM16,905.
Link di sini https://www.facebook.com/
[huge_it_slider id=”499″]