GUNA SENJATA KIMIA UNTUK BEBAS ASKAR

WhatsApp Image 2018-04-09 at 08.21.39

Media rasmi regim Bashar al Assad, SANA melaporkan kumpulan penentang anti kerajaan, Jaish al Islam bersetuju untuk keluar dari Douma dan diangkut ke Jarablus.

Sebagai pertukaran, kumpulan berkenaan juga bersetuju membebaskan semua askar regim dan konco-konconya yang selama ini dijadikan tahanan.

Menurut agensi berita itu lagi, bas-bas telah dihantar untuk mengambil tebusan dan kemudian akan dibawa ke ke kawasan yang dikuasainya.

Persetujuan itu dibuat selepas sehari, tentera regim dan konconya, Rusia melancarkan serangan senjata kimia dua hari berturut-turut yang membunuh hampir 100 nyawa orang awam penduduk Douma.

Menrut laporan TRT, setakat ini tiada kenyataan atau reaksi daripada Jaish al Islam untuk mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, Ketua Rundingan dan Keamanan Rusia di Syria, Major General Yuri Yevtushenko berkata operasi untuk membawa keluar “militan yang tidak boleh dirunding” akan bermula pada Ahad.

Interfaax, media Rusia melaporkan pengunduran dibuat atas permintaan Jaish al Islam.

Sebelum ini, ia menolak cadangan untuk diangkut keluar dari bandar itu dan ditempatkan ke kawasan kumpulan penentang lain di utara Syria yang bersempadan dengan Turki.

Kongsi Artikel Ini