GENCATAN SENJATA TIDAK MUNASABAH-RUSIA

WhatsApp Image 2018-02-23 at 10.46.08
 
 
Rusia memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa tiada persefahaman dicapai untuk mengadakan gencatan senjata 30 hari di Syria.
 
Perkara berkenaan diterangkan duta Moscow, Vassily Nebenzia kepada anggota majlis dalam mesyuarat yang diadakan pada Khamis.
 
Beliau menempelak deraf yang cuba di bawa wakil Sweden dan Kuwait, dengan menegaskan kedua negara itu cuba melakukan perkara berkenaan meskipun sedar ia tidak termasuk dalam perbincangan sejak dua minggu lalu.
 
Sebaliknya ketika sesi diadakan, beliau membentangkan deraf baru pindaan resolusi yang membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan dan pemindahan mereka yang sakit dan cedera dari Timur Ghoutah tanpa langsung menyentuh mengenai cadangan gencatan senjata.
 
“Majlis Keselamatan perlu mencapai persefahaman yang munasabah mengenai gencatan senjata dan tidak mengambil keputusan yang jauh dari kenyataan,” katanya yang dipetik dari portal Middle East Eye.
 
Perkara itu timbul selepas Syria dan Kuwait yang mengemukakan draf sejak 9 Februari lalu, supaya anggota Majlis Keselamatan mengundi bagi mendapatkan resolusi memberhentikan sementara serangan ke atas kawasan berkenaan.
 
Mesyuarat dijadual disambung semula pada Jumaat.
 
“Kami sedang mencuba untuk mendapat penyelesaian,” kata Duta Sweden Olof Skoog.
 
Terdahulu Amerika Syarikat, Perancis dan Britain mendesak supaya pengundian segera dibuat bagi menghentikan krisis yang semakin kritikal.
 
Wakil Washington, Kelly Currie menegaskan White House telah bersedia untuk membuat undian mengenai gencatan senjata pada bila-bila masa.
 
Bagaimanapun, jika diterima sekalipun, resolusi untuk melaksana gencatan senjata tidak akan membawa makna, kerana Rusia akan menggunakan kuasa vetonya.
 
 
 

Kongsi Artikel Ini