Bayar Hutang

FIDYAH

Hari Ini

Selesaikan tanggungan puasa anda. Serendah RM4 sehari.

Apa itu FIDYAH?

Fidyah ialah bayaran denda yang dikenakan kepada Muslim yang meninggalkan puasa WAJIB atau menangguhkan qada sehingga masuk Ramadan seterusnya.

Ia dianggap hutang ibadah yang perlu dilunaskan, dan dibayar dalam bentuk makanan kepada golongan fakir miskin.

“Dan bagi mereka yang tidak mampu berpuasa, WAJIB memberi makan seorang miskin bagi setiap hari.”
Al-Baqarah 184

Puasa yang tertinggal boleh ditebus dengan memberi makan seorang miskin. HR Tirmizi

Siapa yang WAJIB bayar FIDYAH?

Untitled 11

Melambatkan ganti puasa

Sesiapa yang tidak ganti puasa sehingga masuk Ramadan berikutnya.

Untitled 1

Ibu hamil

Yang tidak berpuasa kerana khuatir memberi mudarat kepada bayi.

Untitled 111

Ibu menyusu

Yang tinggalkan puasa demi menjaga kesihatan bayi.

Untitled 11;1

Warga emas

Tidak mampu berpuasa kerana faktor umur dan kesihatan.

Orang Sakit

Pesakit kronik

Tiada harapan sembuh dan tidak mampu berpuasa.

Meninggal

Orang yang meninggal dunia

Jika ada puasa tertinggal, waris boleh bayar fidyah bagi pihak arwah.

QADA vs FIDYAH?

Qada :

Mengganti balik puasa yang tertinggal
mengikut hari sebenar.

Fidyah :

Bayaran denda kerana tidak berpuasa atau kerana lewat mengganti sehingga masuk Ramadan baharu.

Situasi yang perlu Qada & Fidyah sekali:

– Ibu hamil/menyusu yang tinggalkan puasa demi keselamatan bayi
– Sesiapa yang tangguh ganti sampai bertahun-tahun.

Bila FIDYAH berganda?

Fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun seseorang melambatkan qada puasa.
Jika seseorang tinggalkan 5 hari dan tidak ganti selama dua tahun berturut,
fidyah dikira mengikut dua kali ganda.

Contoh: 5 hari × RM4 × 2 tahun = RM40

Cara kira Fidyah - formula umum

(Hari tidak berpuasa) × (kadar fidyah) × (bilangan tahun ditinggalkan)

Contoh kiraan:
10 hari × RM4 × 1 tahun = RM40
Jika tertangguh 2 tahun: 10 × RM4 × 2 = RM80

Jika tidak ingat jumlah sebenar:

Buat anggaran paling dekat dan ambil kiraan yang lebih selamat.

Siapa yang layak terima FIDYAH?

Icon 7

Fakir dan miskin

Icon1

Keluarga yang tidak mampu dan tiada pendapatan

Icon 8

Golongan asnaf yang memerlukan bantuan makanan

Icon 10

Keluarga pelarian dan komuniti terpinggir

Pemberian Fidyah diwajibkan dalam bentuk makanan, bukan wang tunai kepada penerima.

Proses agihan FIDYAH

Kutipan

Bayaran diproses dan direkod secara automatik.

Pembelian makanan ruji

Beras, tepung, minyak atau bahan asas.

Agihan kepada penerima

Setiap pek makanan mewakili nilai fidyah yang dibayar.

Mengenal pasti penerima

Melalui data keluarga miskin, ibu tunggal, pelarian dan asnaf.

Selesaikan FIDYAH
Hari Ini

Bayar fidyah dan bantu keluarga yang memerlukan.

Niat Fidyah

“Ya Allah, ini fidyah bagi hari-hari puasa yang telah aku tinggalkan kerana kelemahan dan kekurangan diriku.”

Pembayaran manual, transfer, atau secara Cash Deposit Machine boleh disalurkan ke akaun :

MAYBANK ISLAMIC
5505 1424 0884

Rujukan: Fidyah

Bayar melalui kod QR :

Amalaidhq