INFAK SYAWAL
AIDILFITRI INI,
MEREKA JUGA INGIN BAHAGIA
Bayangkan senyuman seorang kanak-kanak Syria yang sudah lama tidak merasai nikmat berpakaian baharu, menggenggam duit raya buat pertama kali, dan diraikan dalam suasana penuh kasih sayang.
Melalui Infak Syawal, anda berpeluang menyemai kegembiraan dalam hati mereka. Bersama, kita jadikan impian kecil mereka satu kenyataan.
WARNAI AIDILFITRI
ANAK-ANAK YATIM & MISKIN
Menerusi projek Infak Syawal, anda berpeluang menyantuni 1,000 kanak-kanak Syria
terutamanya anak-anak yatim serta miskin yang telah lama merindukan
sinar dan keceriaan Aidilfitri yang penuh makna, bukan sekadar mimpi semata-mata.
Firman Allah SWT:
“Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah “Memperbaiki keadaan mereka adalah lebih baik.” (Al Baqarah:220)
Dengan hanya RM150, anda bukan sahaja memberi, tetapi mencipta kenangan indah buat mereka:

PAKAIAN BAHARU
Sepersalinan pakaian baharu

DUIT RAYA
Kegembiraan terima duit raya

HADIAH ISTIMEWA
Hadiah permainan memberi kegembiraan

MAJLIS AIDILFITRI
Diraikan di majlis sambutan Aidilfitri yang meriah
SASARAN SUMBANGAN
RM150,000.00
Lokasi agihan Infak Syawal akan dilaksanakan di utara Syria.
Idlib & Latakia
PELUANG ANDA
CIPTA MEMORI AIDILFITRI
KANAK-KANAK
BUMI SYAM
Saksikan video agihan Infak Syawal 2025 dan rasai sendiri detik-detik menyentuh hati.
Dengan sumbangan anda, senyuman kanak-kanak Syria dan suasana Aidilfitri kembali menyinari bumi Syam. Ayuh, ulangi detik indah ini pada tahun ini.
TABUNG FARHATUL EID
Sumbangan manual, transfer, atau secara Cash Deposit Machine boleh salurkan ke akaun :
SYRIA CARE
Maybank Islamic 5505 1424 0356