Farhatul Eid : Agihan Baju Raya untuk anak yatim (lelaki)
Kempen Ramadan Al-Khair 6 anjuran Syria Care dipanjangkan manfaatnya dengan menyediakan baju raya bagi 500 orang anak yatim lelaki di sekolah-sekolah di sekitar Atmeh, Idlib.
Rakan kerjasama Syria Care iaitu Sham Sherif telah menjalankan amanah ini dengan begitu baik sekali dengan menyediakan pakaian yang sesuai untuk mereka. Jelas terpancar kegembiraan dan kebahagiaan di wajah-wajah mereka menerima hadiah yang cukup bermakna buat mereka dari anda semua!
Terimakasih buat semua penyumbang yang telah menjayakan kempen Ramadan Al-Khair 6 kali ini.Semoga Allah terima semua usaha kita sebagai amalan soleh.
#kempenramadanalkhair #agihanbajuraya
[huge_it_slider id=”242″]