Kenapa wakaf perumahan ini dinamakan Kampung Malaysia?

Projek ini dinamakan “Kampung Malaysia” kerana ia dibangunkan hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia melalui Syria Care. Penyediaan tapak Kampung Malaysia telah dimulakan dari bulan Mac dan kini memasuki fasa pembinaan 50 buah rumah pertama. Pihak Syria Care akan mengemaskini maklumat dari masa ke masa melalui Facebook, Instagram dan Whatsapp.