Erdogan menang besar

Untitled

Recep Tayyip Erdogan menang besar dalam Pilihanraya Presiden Turki yang diadakan pada semalam, 24 Jun 2018.

Beliau menewaskan pencabar terdekatnya, Muharrem Ince dengan majoriti lebih dari separuh dengan peratusan keluar mengundi, 88 peratus.

“Saya telah diberi amanah oleh negara untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai presiden , “kata Erdogan kepada para penyokong di kediamannya di Istanbul.

Menurut Anadolu, Erdogan, 64 tahun, memperolehi 52.5 peratus manakala Ince, 54 tahun, yang mewakili parti sekular, Republican People’s Party (CHP), mendapat 31.5 peratus undi.

Berdasarkan keputusan yang diperolehi, secara automatik beliau akan dipilih menerajui Turki dan pilihanraya pusingan kedua yang dijadual pada 8 Julai depan tidak perlu diadakan.
Sebelum ini perlembagaan negara itu menetapkan, jika tiada calon yang mendapat 50 peratus undi pada pusingan pertama, dua daripada mereka yang mendapat undian tertinggi akan berdepan pada pusingan kedua.

Berdasarkan mandat baru yang diperolehi, ia bermakna beliau yang bertanding atas tiket parti yang diasaskan beliau, Justice and Development Party (AKP) akan melanjutkan pentadbirannya yang kini telahpun berusia 15 tahun.

Pilihanraya presiden yang diadakan serentak dengan parlimen buat pertama kali selepas Erdogan juga meletakkan beliau dalam keadaan selesa kerana sekutunya, Nationalist Movement Party (MHP) turut mendapat majoriti dalam kerusi yang dipertandingkan.

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini