Selamatkan masa depan
anak-anak pelarian syria

Anak-anak pelarian Syria ini bergelut dengan parut fizikal dan psikologi.

12 tahun dalam konflik kemanusiaan, perpindahan dan kekurangan akses kepada perkhidmatan penting terus meletakkan nyawa anak-anak ini dalam bahaya.

Hampir 13,000 kanak-kanak terbunuh dan cedera sejak permulaan konflik di Syria

Sisa perang merupakan punca utama kematian kanak-kanak pada tahun 2021, menyumbang hampir satu pertiga daripada semua kecederaan dan kematian yang direkodkan, menyebabkan ramai kanak-kanak hilang upaya sepanjang hayat.

Satu pertiga daripada kanak-kanak di Syria menunjukkan tanda-tanda tekanan psikologi termasuk kebimbangan, kesedihan, keletihan, atau masalah tidur yang kerap.

Mereka memerlukan sokongan anda untuk proses pemulihan melalui pendidikan yang sempurna dan percuma.

Faktor anak-anak pelarian Syria keciciran pendidikan

Generasi anak-anak pelarian Syria yang tidak pernah mendaftar ke sekolah juga kian meningkat.

Sekiranya ia tidak ditangani segera, mereka bakal menghadapi kesukaran yang lebih rumit bagi menyesuaikan diri dalam persekolahan formal apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Perkara ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan peluang jangka panjang demi masa depan yang lebih baik.

explosion

Lebih 7,000 sekolah rosak atau musnah akibat konflik kemanusiaan

destination

Lokasi perpindahan jauh dari akses pendidikan

education

Kualiti pembelajaran yang tidak mencukupi kerana kekurangan bahan dan tenaga pengajar

group

Hak anak-anak yatim Syria ini dinafikan

explosion

Lebih 7,000 sekolah rosak atau musnah akibat konflik kemanusiaan

destination

Lokasi perpindahan jauh dari akses pendidikan

education

Kualiti pembelajaran yang tidak mencukupi kerana kekurangan bahan dan tenaga pengajar

group

Hak anak-anak pelarian Syria dinafikan

Bagaimana Syria Care membantu

SINAR HARAPAN UNTUK PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan salah satu fokus utama bantuan Syria Care kepada mangsa konflik di Syria, terutamanya pendidikan untuk peringkat kanak-kanak dan remaja. 

Sejak 2014, Syria Care telah berusaha gigih untuk menyediakan pendidikan berkualiti, peluang pembelajaran secara percuma dengan prasarana yang kondusif. Lebih dari 10 buah sekolah telah ditaja melalui sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu pelarian dalam negara di Syria serta pelarian di Türkiye dan Lubnan. 

EducAid merupakan program pendidikan yang dilaksanakan bagi memastikan bantuan secara berterusan dalam sektor pendidikan serta bertujuan memastikan kesinambungan ilmu pengetahuan para ilmuwan dan cendekiawan di Syria.

Bagi memastikan kelangsungan program EducAid ini, sekurang-kurangnya dana sebanyak RM1,000,000.00 diperlukan setiap tahun dan akan dimanfaatkan untuk penyediaan kemudahan pembelajaran serta infrastruktur yang selamat dan selesa.

EducAid

Syria Care kini menaja lima buah sekolah yang terletak di Syria dan Türkiye:

Logo Sekolah Ulfah

Sekolah Ulfah 1 (Lelaki)

Logo Sekolah Ulfah

Sekolah Ulfah 1 (Perempuan)

Logo Sekolah Ulfah

Sekolah Ulfah 3

Logo-Tadika-Ulfah

TADIKA ULFAH

Logo Darul Huda-03

Pusat Pendidikan dan Tarbiyah Darul Huda

Logo Sekolah Ulfah

Sekolah Ulfah 1 (lelaki & Perempuan)

Aqrabat, Syria

Sekolah Ulfah beroperasi lima hari seminggu dan sesi pembelajaran berjalan selama enam jam sehari. Mata pelajaran asas seperti Pengajian Al Quran, Bahasa Arab, matematik dan sains diajar di sekolah Ulfah.

Selain pembelajaran asas, aktiviti ko-kurikulum seperti bola sepak dan mengunggang kuda juga diserapkan dalam silibus pembelajaran. Kelas elektif turut disediakan bagi membantu pelajar yang tercicir pelajaran. Selain menikmati makanan secara percuma, pihak pengurusan sekolah turut menyediakan perkhidmatan bas sekolah, juga secara percuma.

Bagi menampungnya, sekolah ini memerlukan kos bulanan sebanyak RM47,849.34 sebulan atau RM574,192.04 setahun.

MAKLUMAT SEKOLAH

Sekolah Ulfah 1 (Lelaki)

Pelajar

196 orang

Jumlah Pelajar

Guru

18 orang

Jumlah Guru

Staff

2 orang

Jumlah Staf Pengurusan

Staff

5 orang

Jumlah Staf Sokongan

Sekolah Ulfah 1 (Perempuan)

Pelajar

192 orang

Jumlah Pelajar

Guru

18 orang

Jumlah Guru

Staff

1 orang

Jumlah Staf Pengurusan

Staff

1 orang

Jumlah Staf Sokongan

Sesi: Pagi
Peringkat: Sekolah Rendah

Hari Persekolahan: Ahad hingga Khamis

Matapelajaran: Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pengajian Al-Quran, Matematik, Sains, Sukan dan Seni

Kemudahan:

Kelas

11 Bilik Darjah

workspace

Bilik Guru

Masjid

Ruang Solat

Makanan

Dewan Makan

Bahan-Bakar

Dapur

Taman

Taman Permainan

Kolam-Renang

Kolam Renang

Padang

Padang Perhimpunan

Bas-Sekolah

Perpustakaan

Bas-Sekolah

Bas

Logo Sekolah Ulfah

Sekolah Ulfah 3

Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al Bardaqli, Syria

Sekolah Ulfah 3 di Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al Bardaqli utara Syria, mula beroperasi pada Oktober 2021.

Bagi memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak, sebuah bangunan empat tingkat didirikan dengan dilengkapi 15 buah bilik darjah, bilik guru, kawasan perhimpunan dan makmal sains. Ia menawarkan pendidikan di peringkat rendah, menengah dan menengah tinggi.

Ketika ini terdapat 52 orang guru yang mengajar subjek Bahasa Arab & Inggeris, Matematik, Sains, Hadis dan Quran kepada 1,150 orang pelajar. Sesi pembelajaran dibahagi kepada dua iaitu lelaki dan perempuan.

Sekolah Ulfah 3 sangat penting, kerana ia menjadi satu-satunya sekolah peringkat menengah di kawasan-kawasan berkenaan.

Bagi kelangsungan sesi pembelajaran dan kos operasi, sekolah ini memerlukan kos bulanan sebanyak RM25,725.45 sebulan atau RM308,705.40 setahun.

MAKLUMAT RINGKAS

Pelajar

787 orang

Jumlah Pelajar

Guru

60 orang

Jumlah Guru

Staff

6 orang

Jumlah Staf Pengurusan

Staff

2 orang

Jumlah Staf Sokongan

Sesi: Pagi dan Petang
Peringkat: Rendah dan Menengah

Matapelajaran: Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Syariah, Pengajian Al Quran, Fizik, Kimia, Biologi, Kajian Sosial, Falsafah, Sejarah.

Fasiliti Sekolah:

Kelas

15 Buah Kelas

Makmal

Makmal Sains

workspace

Bilik Guru

Padang

Padang Perhimpunan

Bahan-Bakar

Dapur

Bas-Sekolah

Bas

Logo-Tadika-Ulfah

Tadika Ulfah

Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al Bardaqli, Syria

Tadika Ulfah mula beroperasi pada November 2022. Terletak di Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, tadika ini membuka peluang kepada anak-anak pelarian Syria di sekitar kawasan tersebut untuk mendapat pendedahan awal kepada pendidikan.

Selain itu, anak-anak di tadika ini mendapat manfaat seperti:
📚 Membina keyakinan diri
📚 Persekitaran pembelajaran yang selamat dan selesa
📚 Aktiviti yang merangsang dan melibatkan minda
📚 Pembelajaran melalui kaedah berasaskan permainan
📚 Persediaan ke sekolah rendah

Semoga dengan adanya tadika ini dengan operasi berterusan hasil sumbangan orang ramai, anak-anak pelarian Syria dapat melakar masa depan mereka yang lebih baik.

MAKLUMAT RINGKAS

Pelajar

62 orang

Jumlah Pelajar

Guru

3 orang

Jumlah Guru

Sesi: Pagi

Matapelajaran: Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Syariah, Pengajian Al Quran, Fizik, Kimia, Biologi, Kajian Sosial, Falsafah, Sejarah.

Kelas

4 Buah Kelas

Makanan

Ruang Makan

Padang

Padang Aktiviti

Logo Darul Huda-03

Pusat Pendidikan dan Tarbiyah Darul Huda

Gaziantep, Türkiye

Pusat Pendidikan dan Tarbiah Darul Huda ditubuhkan bagi menyedia peluang belajar kepada pelarian Syria yang berada di sekitar kawasan itu.

Sasarannya, anak yatim dan mereka yang terdiri daripada keluarga susah. Pada ketika ini, ia memberi peluang kepada 65 pelajar untuk mendapatkan pembelajaran secara sistematik.

Bagi menampungnya, projek yang diusahakan di bawah program Back2School Syria Care memerlukan kos bulanan sebanyak RM4,624.80 sebulan atau RM55,497.60 setahun.

MAKLUMAT RINGKAS

Pelajar

120 orang

Jumlah Pelajar

Guru

4 orang

Jumlah Guru

Staff

1 orang

Jumlah Staf Pengurusan

Staff

2 orang

Jumlah Staf Sokongan