Sekurang-kurangnya 20 remaja ditahan ditahan di Timur Ghoutah kerana berhubungan dengan saudara mereka yang melarikan diri ke utara Syria.
Menurut portal nedaa-sy.com, operasi berkenaan telah dibuat beberapa hari lepas.
“The Air Intelligence Division telah menyerbu beberapa buah rumah di bandar Saqba dan Al Malihah dan menahan lebih kurang 20 remaja yang berkomunikasi dengan saudara mara di utara Syria melalui telefon bimbit. Mereka telah dipindahkan ke Branch 251, salah satu Cawangan Keselamatan Negara,” lapor portal itu.
Katanya lagi, agensi perisikan itu telah menahan sembilan remaja ketika mereka cuba membina penghadang antara badar Al Malihah dan Jirmana.
Dalam penjelasannya, ia berkata kesemua mereka mempunyai hubungan dengan bekas kumpulan penentang di Timur Ghoutah sebelum ini.
Dalam perkembangan berasingan, seorang wanita ditahan ketika melapasi sekatan jalan di kawasan tempat tinggal Al Muhajreen di Damsyik, juga kerana menghubungi saudara maranya di utara Syria.
Insiden itu bukan perkara pelik kerana sebelum ini, perisikan regim dikatakan menahan pelarian yang pulang ke Timur Ghoutah dan utara Hama atas tuduhan berkomunikasi dengan saudara mara yang berada di Idlib.
Razali Awang Media Syria Care