DICULIK UNTUK JADI PENGGANAS

Whatsapp Image 2018 04 04 At 09.57.30

Kumpulan pengganas Kurdish PKK/YPG menggunakan kaedah menculik remaja Syria dan kemudian memaksa mereka menjadi pemberonntak.

Pendedahan itu dibuat mangsa yang berjaya melarikan diri selepas kawasan Afrin berjaya dibebaskan tentera Turki dan sekutunya, Free Syrian Army (FSA), bulan lalu.

Dalam laporan TRT World, wartawan Alaattin Kilic menemuramah salah seorang mangsa yang dipaksa berbuat demikian ketika umurnya baru menginjak 18 tahun.

“Mereka memecah masuk ke dalam rumah kami… dan mengambil saya secara paksa. Mereka tutup mata dan sumbat ke dalam trak. Bila buka mata, saya telah berada kem Kafr Jana. Mereka kurung saya dalam bilik selama 10 hari. Mereka masukkan saya ke dalam program latihan,” kata remaja berkenaan yang identitinya dirahsiakan.

Katanya, kejadian itu berlaku pada 2016.

Selepas menjalani latihan, dia kemudian ditugaskan menjadi pemandu kepada pengganas PKK/YPG di kem yang sama dia dilatih.

Dalam temuramah bersama TRT Wolrd, dia berkata dirinya dibebaskan selepas kumpulan pengganas itu tewas dan terpaksa keluar dari Afrin.

Seorang lagi penduduk tempatan yang ditemui gembira kerana kawasan Afrin telah dibebaskan dan anak lelakinya kini kembali ke pangkuan keluarga.

Namun dia kesal kerana kediamannya telah musnah angkara pengganas dan dia juga buntu untuk membinanya semula kerana kekangan kewangan.

Tulisan ini telah diolah dari laporan yang disediakan TRT World.

Bagi tontonan lanjut sila ke pautan : https://www.trtworld.com/…/syrian-boy-talks-about-forced-yp…

Kongsi Artikel Ini