CUBA LENGAH PASUKAN PENYIASAT KE DOUMA

Whatsapp Image 2018 04 17 At 09.33.37

Kumpulan pakar kimia dari Pertubuhan Pencegahan bagi Senjata Kimia (OPCW) hanya dibenar memasuki Douma pada Rabu ini.

Pegawai kanan Rusia di The Hague, Belanda, berkata, kebenaran diberikan selepas anggota keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melakukan pemeriksaan laluan.

Kenyataan itu diberikan selepas para penyiasat OCPW mendakwa mereka telah dihalang oleh oleh Syria dan penyokongnya Rusia dari memasuki kawasan berkenaan pada Isnin.

“Rusia dan Syria masih belum membenarkan memasuki Douma,” kata wakil delegasi Britain di Twitter pada Ahad.

Sebelum itu dia menaikkan status “akses yang tidak dikawal adalah penting”.

Dalam kenyataan yang dikeluar OCPW pada Isnin, ia berkata pegawai Syria dan Rusia yang menghadiri mesyuarat di Damsyik telah memaklumkan pasukan petugas bahawa ia masih ditangguhkan berikutan isu keselamatan.

Mengulas mengenainya, Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Heather Nauert, membidas Rusia kerana memberi maklumat tidak tepat berhubung kebenaran kepada pasukan penyiasat untuk memasuki Douma.

“Senjata kimia telah digunakan ke atas lelaki, wanita dan kanak-kanak Syria di Douma. Laporan bahawa pasukan penyiasat OPCW memerlukan kebenaran khusus PBB adalah palsu. Syria dan Rusia perlu menghentikan maklumat yang tidak tepat dan memberikan kebenaran kepada mereka memasuki tapak tanpa diganggu,” tempelaknya di Twitter.

Sementara itu, Kenneth Ward yang menjadi wakil Amerika Syarikat dalam OCPW khuatir dengan kehadiran Rusia di kawasan siasatan.

“Ia kebimbangan kami bahawa mereka (Rusia) mungkin telah menghalang dengan niat untuk menggagalkan usaha OPCW untuk menjalankan siasatan dengan berkesan,” katanya seperti yang dilapor Reuters.

Razali Awang
Media Syria Care

 

Kongsi Artikel Ini