16 Mei – Pihak butik UMMA telah menyerahkan sumbangan kepada Syria Care yang berjumlah RM3,000.00. Sumbangan ini adalah untuk penajaan iftar bagi pelarian Syria yang berada di Syria dan Lubnan.
Sumbangan ini telah diserahkan sendiri oleh Puan Zairin bt Zainul Azman, Pengasas butik UMMA kepada Puan Nurdieana Mohd Mardzi, Pengurus Kanan Syria Care bertempat di butik UMMA, Aeon Mall Shah Alam.
Semoga Allah membalas dengan sebaik ganjaran untuk usaha ini.