Bom 19 pusat kemudahan perubatan

5

19 pusat kemudahan perubatan di utara Syria musnah dibom tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya dalam tempoh kurang tiga minggu, bermula 28 April 2019 hingga 15 Mei 2019.Serangan terakhir dilakukan ke atas Hospital Kanak-Kanak dan Bersalin Tarmala, di selatan Idlib.

“Serangan udara memusnahkan sama sekali kemudahan yang memberi perkhidmatan kepada 6,000 orang sebulan,” kata Dr. Khaula Sawah, Naib Presiden Pertubuhan Bantuan dan Persekutuan Penjagaan Perubatan Amerika Syarikat.Katanya maklumat itu berdasarkan laporan dari lapangan.

Bagaimanapun serangan tidak mengorbankan sebarang nyawa kerana ia telah dikosongkan berikutan peningkatan serangan di kawasan berkenaan.

Dalam laporan yang disiarkan agensi beritanya, Damsyik mendakwa ia hanya mensasarkan kedudukan pengganas.Menurut Pakar Perubatan Hak Asasi Manusia (PHR)bagi Asia Barat dan Afrika Utara, Rayan Koteiche,

Serangan ke atas premis perubatan bukan perkara baru tetapi ia adalah kelangsungan strategi berterusan yang dilakukan regim dan sekutunya.Sementara itu di lapangan, pakar perubatan terpaksa bergerak secara berselerak.

“Pakar perubatan bertebaran di merata-rata dan ia hampir mustahil untuk menyediakan perkhidmatan perubatan kepada pelarian,” kata Dr. Ahmad Tarakji, Ketua Persatuan Perubatan Rakyat Amerika-Syria.Katanya lagi bagi mengelak dan meminimumkan kemusnahan akibat serangan, pakar perubatan telah mengasingkan unit rawatan di beberapa bangunan, memulihkan kemudahan dan menempatkan klinik di dalam gua atau bawah tanah.

Namun begitu, ia masih boleh dikesan dan terus menjadi sasaran regim./Foto Arab 24.

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini