Berpuluh kanak-kanak maut akibat cuaca sejuk

WhatsApp Image 2019-02-01 at 12.06.52 PM

Sekurang-kurangnya 29 bayi dan kanak-kanak dilaporkan menjadi korban akibat cuaca sejuk melampau dan hypothermia di timur laut Syria sepanjang lapan minggu lalu.

Angka itu disahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam laporan yang dikeluarkan, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), itu berkata, keadaan di kawasan berkenaan semakin membimbangkan berikutan pertempuran berterusan antara IS dengan Syrian Democratic Forces(SDF), kumpulan pro Kurdish yang disokong Amerika Syarikat.

Situasi itu menyebabkan lebih 23,000 mereka yang berada di Deir az Zor terpaksa melarikan diri ke kem berhampiran di Al Hol.

“Keadaan di kem Al Hol amat menyayat hati. Kanak-kanak mati kerana hypothermia selepas lari untuk menyelamatkan diri,” kata Elizabeth Hoff, wakil WHO di Syria.

Katanya lagi, populasi di kem berkenaan meningkat tiga kali ganda dari 10,000 kepada 33,000 pelarian dalam tempoh dua bulan.

Berikutan perkembangan itu, PBB merayu supaya mereka tidak diganggu untuk memasuki kawasan kem berkenaan.

“Kebenaran kepada petugas kemanusiaan untuk ke kem dan laluan sekitarnya diganggu oleh halangan birokrasi dan kekangan keselamatan,” tegas Hoff.

Dalam kenyataan yang sama, dia berkata, mereka yang terselamat terpaksa berjalan selama berhari-hari dalam keadaan bersesak-sesak dalam trak dan tiba dalam keadaan yang lemah kerana kekurangan zat makanan selain penat selepas bertahun-tahun hidup dikongkong IS.

“Ribuan yang baru tiba terpaksa bermalam di kawasan saringan dan kem dalam keadaan terbuka tanpa khemah, selimut atau pemanas,” katanya.

Pasukan sokongan WHO yang berada di kem berkenaan menyaring mereka yang baru tiba, memberi suntikan vaksinasi dan merujuk mereka yang mengalami kekurangan zat makanan yang teruk ke hospital di Al Hasakah. Foto Reuters

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini