Beratus mayat mangsa IS ditemui

13.12

Beratus mayat yang tidak dikenal pasti ditemui ditanam beramai-ramai dalam tujuh kubur besar di timur Syria, kawasan yang dulunya pernah dikuasai IS.

Menurut agensi berita negara itu, SANA, kebanyakan mangsa telah didera sebelum dibunuh.

Dalam kenyataannya, Syrian Red Crescent berkata, wanita antara mereka yang dibunuh dan sebahagiannya ditemui dengan dengan tangan terikat selain ditutup mata.

Tahun lalu, operasi besar-besaran yang dibuat tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya telah berjaya mengusir keluar pengganas IS dari Albu Kamal di wilayah Deir az Zour dan kemudian mendakwa menemui beberapa kubur besar di situ.

Di zaman kemuncaknya, terdapat lebih 10 juta penduduk di kawasan berada di bawah pengaruhnya,menjangkaui sempadan sehingga ke Iraq.

Pada awal tahun ini, tentera Amerika Syarikat berkata, lebih 98 peratus kumpulan itu telah berjaya diusir dan kini bergerak dalam kumpulan kecil di bahagian selatan dan timur Syria.

November lepas, Associated Press melaporkan penemuan sebuah kubur besar dengan lebih 500 mayat ditanam di utara bandar Raqqa./Gambar Reuters.

Razali Awang

Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini