BASHAR GUGUR BOM NAPALM DAN FOSFORUS

elections-civil-war-usa.si
Wanita dan kanak-kanak terus menjadi sasaran serangan tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya dalam usaha melemahkan tentangan kumpulan penentang.
 
Dalam serangan ke atas Tabesh, Idlib, tujuh lagi menjadi korban.
 
Enam daripada mangsa terdiri daripada kanak-kanak manakala seorang lagi yang terbunuh adalah wanita.
 
Dalam rakaman yang dimuat naik The White Helmets, ia menunjukkan salah seorang mangsa yang terselamat, seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 10 tahun, meraung-raung selepas anggota keluarganya menjadi korban keganasan regim.
 
Angka kematian sebenar dalam serangan pada 16 Januari itu tidak dapat dipastikan kerana dipercayai terdapat mangsa yang masih tertimbus di bawah sisa runtuhan.
 
Sementara itu di Maaratul Nu’man, bom napalm dan fosforus telah digugurkan ke atas penempatan awam, sehingga menyebabkan kebakaran.
 
Sekurang-kurangnya 10 daripada mangsa dilapor rentung.
 
Bagaimanapun jumlah sebenar mereka yang maut dalam serangan malam tadi masih belum diperolehi.
 
Menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), serangan bertalu-talu kali ini turut dibantu oleh Iran.
 
Sejak penghujung 2017, regim meningkatkan serangan untuk menguasai Idlib, antara saki baki kawasan yang masih dikuasai kumpulan penentang telah diganda sejak penghujung 2017.
 
Selain Idlib, operasi yang sama turut dilakukan di Timur Ghoutah.
 
Berikutan perkembangan itu, Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) melaporkan pertambahan lebih 200,000 pelarian dalam tempoh sebulan antara 15 Disember hingga 16 Januari 2018.
 
Jumlah paling besar dilaporkan di Dana di mana lebih 58,338 pelarian kebanyakannya datang dari Aleppo dan Hama bagi menyelamatkan diri dari pertempuran sengit yang berlaku sekarang.
 
 

Kongsi Artikel Ini