DERITA
MUSIM SEJUK
Palestin, Syria & Lubnan
Tanpa kelengkapan secukupnya,
ia mampu membawa maut.
Musim sejuk ini antara yang paling sejuk dalam dekad lalu, dengan ribut salji dan suhu bawah sifar. Berjuta-juta orang di Palestin, Syria dan Lubnan melaluinya tanpa persediaan yang lengkap. Walaupun Syria kini telah bebas, kesan konflik selama 14 tahun bukan mudah untuk dipulihkan. Ramai yang masih tidak dapat pulang ke tempat asal, hidup tanpa pekerjaan, tanpa rumah, malah ramai yang terus berteduh di khemah usang ketika cuaca sejuk sehingga di bawah paras beku.
Cuaca ekstrem adalah permulaan musim sejuk bermakna episod derita mereka turut bermula. Hujan lebat dan banjir memusnahkan tempat berteduh malahan tanpa kelengkapan atau persediaan yang secukupnya, mereka terdedah kepada maut.
Apabila tibanya musim sejuk, mimpi buruk menjadi teman pada malam hari, kerana salji yang turun boleh meruntuhkan khemah yang menjadi tempat berteduh.
Bagi membantu mereka menghadapi kesukaran ini, Syria Care menggerakkan Kempen WinterAid
Bantuan Yang Sangat Diperlukan Ketika Ini:

BAHAN BAKAR
RM150.00

PEK MAKANAN
RM250.00

INFAK KASIH
RM50.00
Sumbangan boleh juga dibuat melalui DuitNow QR atau direct transfer ke Tabung ‘Winter Aid’.