Bantuan bulanan telah selamat disampaikan kepada Ummu Muhammad untuk edisi September 2019. Untuk makluman semua, bantuan ini telah masuk tahun yang kedua hasil sumbangan anda semua.
Alhamdulillah.
Dana bantuan inilah yang menyokong Ummu Muhammad meneruskan kehidupan dan membeli ubatan serta keperluan empat anak syurganya. Semoga Ummu Muhammad terus kuat untuk menjaga anak-anaknya.
Syria Care sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu Ummu Muhammad.
#syriacaremedia #syriacareforhumanity