150 keluarga pelarian di Kem Atma, Idlib telah menerima set selimut tebal hasil sumbangan orang ramai.
[huge_it_slider id=”558″]
Penghuni kem ini telah diuji dengan banjir besar yang menenggelamkan khemah mereka pada minggu lalu.
Alhamdulillah, atas keprihatinan rakyat Malaysia, Syria Care berjaya membuka Dapur Rakyat serta mengagihkan beberapa bantuan seperti khemah dan juga selimut tebal ini.
Terima kasih rakyat Malaysia yang menyokong kerja-kerja kemanusiaan Syria Care selama ini.
Nota : Musim sejuk belum berakhir di Syria dan beberapa negara di sekitarnya. Semoga sumbangan yang kita hulurkan dapat membantu mereka bertahan.