Sebanyak 30 buah keluarga telah dipindahkan daripada kediaman mereka di Maarat al Nu’man ke kawasan yang lebih selamat seperti di Adana, Sarmada dan Atareb oleh para petugas Syria Care dan rakan kerjasama dari Ulfah Human Relief.
Terdapat sekurangnya-kurangnya 10 buah van yang digunakan bagi tujuan membawa keluarga-keluarga ini beserta barangan keperluan mereka.
Proses menyelamatkan mangsa-mangsa peperangan ini tidak hanya berakhir di sini. Perjalanan mereka masih jauh. Setelah sampainya mereka di kawasan baru, mereka memerlukan tempat berteduh, makanan dan juga alat pemanas.
Oleh itu, kami perlukan bantuan dan sokongan anda untuk memenuhkan Tabung Kecemasan Idlib bagi mengurangkan beban pelarian-pelarian baru ini. Sumbangan anda hari ini mampu menyelamatkan nyawa mereka.
Sumbangan boleh dibuat di akaun Syria Care:
▪ Maybank Islamic: 562106653575
▪ CIMB Islamic: 8601894560
▪ RHB Bank: 26225000021775
▪ Affin Islamic Bank: 105990040004
Ref: IDLIB
atau klik sahaja pautan di bawah:
🔗https://www.billplz.com/idlibemergencyrelief
🔗 https://paypal.me/emergencyreliefidlib?locale.x=en_US
Hantarkan slip transaksi kepada Pegawai Kewangan Syria Care di talian 01128809820 untuk direkodkan.
#bantuankecemasanidlib #syriacaremedia #idlibunderfire #eyesonidlib #stopkillingsyrians
#stopthewarplanes #syriacareforhumanity #savesyrians