Agihan Hari Pertama
5 Februari 2020
Roti : 2,500 bungkus
Dianggarkan agihan roti pada hari pertama ini dapat memberi manfaat kepada hampir 12,500 pelarian di sekitar Afrin, Syria.
Alhamdulillah. Roti ini adalah hasil sumbangan orang ramai melalui tabung Bantuan Kecemasan 1 Juta Keping Roti yang Syria Care lancarkan untuk membantu dan memberi sokongan kepada pelarian baru.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek Satu Juta Keping Roti ini. Semoga Allah memberkati semuanya.
#bantuankecemasan #satujutakepingroti #syriacaremedia #syriacareforhumanity